Kelaziman mengikut agama Khutbah

Agama Islam

Para jemaah dalam dewan utama Masjid Negara Kuala Lumpur mendengar khatib membaca khutbah semasa solat Jumaat
Rencana utama: Khutbah (Islam)

Terdapat dua jenis khutbah yang utama diketahui disampaikan:

Kandungan yang disampaikan lazim menerapkan intipati surah-surah Al-Quran dan Hadis termasuk memetik langsung daripada teks sebegini.

Agama Kristian

Seorang paderi memberikan ucapan khutbahnya di sebuah gereja di Belanda.
Rencana utama: Khutbah (Kristian)

Penyampaian khutbah dalam kalangan agamawan dari anutan ini biasa dilakukan orang yang bertauliah seperti paderi dan bukannya kaum awam (layman - rujuk homili). Ia dilakukan semasa misa.

Mazhab-mazhab gereja Protestan banyak menumpukan kepada kegiatan ini sebagai aspek paling penting sembahyang dalam gereja menggantikan Perjamuan Tuhan yang lazim dalam mazhab-mazhab Katolik (seperti mazhab Katolik Rom).

Agama Yahudi

Khutbah ini disampaikan oleh rabai. Karangan kandungan yang disampaikan bersifat menumpu kepada taubat atau memberi patah kata semangat kepada jemaah kanisah.